CONTEST AKU ANAK MALAYSIA


Contest organized by: http://gadis-69.blogspot.com

Contest ends: http://gadis-69.blogspot.com/2010/08/contest-aku-anak-malaysia.html


Aku anak Malaysia, ye memang tak dapat dinafikan langsung, saya anak Malaysia, tengok muke memang orang kate, ye, saya memang melayu tulen. Walaupun Malaysia negara kecil, tapi saya bangga yang saya berasal dari Malaysia. Kecil tapi berani, negara Islam mane yang berani bersuara agak lantang untuk mengeji Israel? Kite, si kecil MALAYSA.

Malaysia semestinya menyambut Merdeka pada 31 Ogos, tapi sayangnya semakin lama, orang hanya tahu MERDEKA untuk cuti umum, untuk balik kampung, untuk qadak tidor, macam tahun ni pulak, hari Merdeka ramai yang akan mengambil kesempatan bercuti untuk persiapan hari raya. Kalau kite tengok shopping complex, mane lebih meriah, dekorasi untuk raya, atau dekorasi untuk Merdeka?  ;)

Di mana manisnya Merdeka yang dahulunya nenek moyang kita dahagakan. Sayang, erti kemerdekaan jauh ditinggalkan. Ayat klise, Merdeka bererti kite bebas dari penjajah. Ye, mungkin betul, tapi adakah kite memahami? Saya tak salahkan generasi muda sekarang sebab kita tak merasai apa yang perit dilalui oleh nenk moyang kite. 

Walau macam mane orang berkata mengenai Malaysia, saya sentiasa berbangge menjadi rakyat Malaysia. Kita Merdeka bukan hanya pada name, tapi kite benar-benar Merdeka. Kite bebas untuk ke mana sahaja tanpa berasa takut. Kite bebas untuk menikmati negara kite sendiri. Mane nak cari negara di dunia ni yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama tapi masih kekalkan keharmonian? Malaysia sahaja.

Pekerjaan saya menuntut saya banyak berurusan dengan warga asing, dan selalu saya berbangga kerana kebanyakan mereka mengakui yang Malaysia mempunyai teknikal yang bagus, keupayaan akademik yang sangat baik, malah ade sesetengah syarikat berbesar hati meletakkan rakyat Malaysia sebagai tunjak kepada operasi syarikat mereka.

 Tapi, walaupun saya adalah generasi baru, jauh di sudut hati saya berbangga kerana tulang belakang yang MEMERDEKAKAN Malaysia adalah rakyat kite sendiri. Dan pahlawan yang gugur di medan perang, merekalah sebenarnyer hero Malaya, bukan Rosyam Nor mahupun Remy Ishak.. Saya cuma berharap, akan ada banyak dokumentari yang menceritakan mengenai Sarjan Hassan, Leftenan Adnan supaya anak anak kite tahu siapa mereka. Pengetahuan saya sendiri agak terbatas juga, kalau tak kerana filem, mungkin saya sendiri tak berapa mengenali mereka. Kite mesti tahu. Dulu masa sekolah, setiap tahun ada Hari Pahlawan, tapi kini? saya tak dengar pun.. sedihkan.. mungkin ada , atau saya sendiri tak perasan..

Semoga KEMERDEKAAN Malaysia yang ke 53 tahun akan memberi sinar kehidupan Malaysia. Kita hanya ada 10 tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020...

ini gambar anak saya.. gambar saya tak de pulak bersama dengan bendera MALAYSIA.. Maaf yer,  harap diterima :)

Nama penuh: Wan Faziatul Amira
Alamat: Jalan Kuching.. saya minta maaf dan saya agak berat hati untuk meninggalkan alamat penuh, memandangkan komputer saya pernah di hack.. sila bagi tau saya, kalau ini akan menyebabkan saya disqualify..

p/s panjang betul cerita :)

1 comments:

AdeQ MaNj@ said...

thanks akak sb join contest adeq..anak akk ke tu.. comel la... gud luck k.. lalallalala...

Post a Comment

Copyright 2009 A mother who crazy about contest. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy