Raya!! Raya!! Raya!! Giveaway


Di tengah-tengah lunch hour ni, I browse and blog hopping one blog after another, and I found one interesting online contest from sarah-aimy-azzalea, ape lagi la kan, saya kan hantu contest.. Cerite je senang je, buat cerite pasal raya. Yang ni saya rase cerite kelakar, cerite pasal saya dan keluarga saya dan cermin..

Ini adalah gambar saya, suami saya dan anak kesayangan saya Emir. Mase ni Emir baru nak masuk 5 bulan. ni raya tahun 2006. Mase ni kat rumah mak sedara Encik Emran dekat Melaka. Cermin ni, Encik Emran kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara Encik Emran heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Tahun 2009, Emir pun dah besar, tapi cermin ni suci dan bersih lagi, tak berhabuk pun, pandai mak lang Encik Emran ni jage. Mak Lang dia kate, dah bertahun tahun dah cermin tu tak bergerak-gerak, same besar ngan saya sendiri..

Perasan tak ape persamaan semua gambar -gambar ni, saya mesti belah kiri, Papa mesti kene pegang kamera dan ibu mesti kene dokong Emir..

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah Mak Lang Emran pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.

Boleh menang tak cerite kiterang? :)


RESULT: Grand prize winner


Prize:  





0 comments:

Post a Comment

Copyright 2009 A mother who crazy about contest. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy