Contest Raya Meletops


Contest organized by: http://misiazlina.blogspot.com/

Contest link: http://misiazlina.blogspot.com/2010/08/contest-raya-meletops.html


INI CERITA SAYA

Ini adalah gambar saya, suami saya dan anak kesayangan saya Emir. Mase ni Emir baru nak masuk 5 bulan. ni raya tahun 2006. Mase ni kat rumah mak sedara Encik Emran dekat Melaka. Cermin ni, Encik Emran kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara Encik Emran heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Ini pulak gambar tahun 2009, raya tahun lepas... Emir mase ni susah betul nak bagi dia tengok kamera.. makin besar makin tak nak dengar cakap hahaha... yang pasti keluarga saya masih lagi tak bertambah, dalam gambar masih tiga orang... tak pe insyaAllah rezeki untuk anak lagi sorang akan datang kan

---- ok saya tahu maksimum 3 gambar.. so gambar bawah ni hanya untuk hiasan yer ----

AKAN DATANG
2010????

 Tahun 2010, Emir pun dah besar, tapi cermin ni suci dan bersih lagi, tak berhabuk pun, pandai mak lang Encik Emran ni jage. Mak Lang dia kate, dah bertahun tahun dah cermin tu tak bergerak-gerak, same besar ngan saya sendiri..

Perasan tak ape persamaan semua gambar -gambar ni, saya mesti belah kiri, Papa mesti kene pegang kamera dan ibu mesti kene dokong Emir..

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah Mak Lang Emran pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.

Boleh menang tak cerite kiterang? :)


3 comments:

azlina aziz said...

Salam ziarah.

Akak belum add di facebook saya kan. Taip Azlina Aziz, tak jumpa eh. Ok, try emel saya, annafisa86@yahoo.com ya. Wish u luck ;p

Mama Zharfan said...

cute nya pics+citer ni!!

Anonymous said...

Sangat seronok ble dengar cite akak ni..Hehe.Nasib bek umah saya xde cermin macam kat gambo tu. Kalu tak, saya ajak akak datang umah saya amek gambo.hek3...

Post a Comment

Copyright 2009 A mother who crazy about contest. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy