Contest link: http://muslimcomel.blogspot.com/2010/06/didik-solat-muslimcomel-giveaway.html
Contest kali ni agak istimewa sebab ia cara macam mane anak anak solat.. Ok kalau saya anak saje lah..
anak saya Emir, baru masuk 4 tahun. sejak dia masuk umur 4 tahun, saya makin pentingkan agama untuk dia. bukan nyer sebelum ni saya tak pentingkan, tapi kali ni saya nak dia pratikkan bukan setakat memandang saje.
Saya hantar anak saya di sekolah yang majoriti muridnya adalah international kids. bahasa yang digunakan juga bahasa orang putih je manjang, tapi malangnya, sekolah ni tak ade mata pelajaran agama, dulu masa Emir belum masuk 4 tahun ,saya tak berasa risau sangat, sebab untuk saya selama mane dia tengok mak bapak nya solat, saya rasa sudah cukup.
Tapi di waktu umur Emir menganjak 4 tahun, bile Emir petah bercakap, persepsi saya berubah.. setakat tengok mak ayah dia buat, untuk saya tak cukup, kite kene mengajar, ape itu solat semua.. mula lah saya mengasak cikgu cikgu melayu yang ada di sekolah Emir untuk adakan kelas agama. dan alhamdulillah walaupun owner sekolah tersebut berbangsa cina, tapi cikgu tersebut faham akan kehendak ibu bapa Islam.. dan kelas agama dibenarkan..
Emir masih di proses pembelajaran. Kalau solat sama ada jamaah dengan suami saya atau hanya saya seorang, saya akan sediakan satu sejadah untuk dia. saya akan bagi tahu dia tempat solat ni untuk dia.. Dia bahasakan solat sebagai "AllahuAkbar". Sama ada dia nak ikut atau tak nak, itu bagi saya belakang kira.. walaupun saya akui dia banyak main dari mengikut... tapi sekurang kurangnya dia faham sejadah tu untuk solat.. dan masa solat, tak boleh kacau Ibu dan papa nya. itu dia sangat faham...
kadang-kadang nak tergelak tengok Emir.. sedaya upaya nak cuba, kalau sujud, saya rasa itu paling kelakar, Emir masih lagi tertonggeng bile sujud.. gambar kat atas, sujud sambil kopiah pun tercabut..
Dari segi solat, saya rasa part yang paling Emir suka adalah ambil wudhuk. Main air.. kalau pergi surau, lagi dia suke main main dengan air paip tu, basuh muka sampai lencun semua.. basuh kaki sampai satu seluar basah.. setakat ni Emir hanya tahu 3 bende asas untuk amibil wudhuk, muka, tangan dan kaki. yang lain belum nampak dia boleh hafal lagi...
Satu perkara yang saya rasa bertuah, saya masih lagi dikurniakan ibu dan ayah yang sentiasa menegor. Setakat ni salah saya tak ajar Emir sebetulnya dari awal. Saya akui saya terarah kepada pendidikan dunia pada mulanya, sekarang tidak lagi. Ayah banyak menegor tentang cara saya didik Emir. Kalau ade kelapangan, ayah akan bawa Emir ke surau.Saya tahu banyak anak lain di luar sana umur 4 tahun dah boleh baca ayat Al Fatihah tapi Emir belum lagi. Saya akui itu salah saya, tapi bagi saya, tak terlambat lagi saya nak mulakan, Emir masih kecil, masih boleh diasuh. sekarang ni dia boleh ambil bait bait ayat terakhir surah. untuk saya itu peningkatan. sikit sikit lama lama jadi bukit..
Gambar yang terakhir ni adalah gambar di surau, ini cara asli macam mane Emir sujud, saya memang tak tau macam mane nak betulkan setakat ni.. penat jugak mengajar cara sujud yang betul tapi dua gambar inilah masih hasilnya.. at least sekurang-kurangnya gambar kedua tu ok lah kan.. Saya tahu ade satu perkara yang saya belum bagi tahu pada Emir.. tentang aurat... insyaAllah saya akan usahakan ke arah itu..
Yang pasti, doa saya sebagai seorang Ibu hendaklah berterusan.. saya nak anak saya bukan saje berjaya di dunia, tetapi menjadi seorang yang berguna kepada agama dan menjadi harapan saya supaya Emir dapat membantu saya untuk mendapat syurga dariNya. Semoga Emir menjadi anak sulung (insyaAllah - rezeki belum sampai lagi untuk menimang anak kedua) dan contoh kepada adik adiknya, berakhlak mulia dan disenangi ramai kerana sifatnya.. Amin...
0 comments:
Post a Comment