Contest ends: 11 March 2011
CERITA YANG DITULIS SEMASA MENGANDUNGKAN ANAK SAYA.. Sekarang inilah dia anak yang saya ceritakan kat bawah ni.. Muhammad Emir Rasyid...
Ditulis pada 1 Mac 2006
*******************************************************
Dear Sayang,
Kalau nak diikutkan sepanjang ibu mengandungkan sayang, tak pernah ibu rasa setakut, segerun, sengeri semalam. Baby mesti tahu kan sebab apa.
Perut ibu mula meragam semenjak Ahad lepas, tapi tidak lah sehebat apa yang berlaku pada hari Isnin. Bukan niat ibu nak suka-suka MC, sayang pun tahukan kerja ibu macam mana, sehari tak datang, makin tinggi la file-file di meja ibu, bila makin tinggi, makin lambat lah ibu balik pada ofis.
Orang ramai kate, sudah-sudah lah buat keje tu, tumpukan perhatian kepada sayang, tapi hanya kita dua, papa dengan kawan-kawan sepejabat ibu je yang mungkin faham kenape kerje ibu harus disiapkan. Susah ibu nak terangkan, setiap kali ibu dengar ade orang yang beri cadangan, ibu hanya tersenyum, walaupun pada hakikatnya ade kebenaran pada kate-kate mereka.
Semalam sayang rase tak, betapa penatnye ibu keluar masuk bilik air, sampai satu peringkat ibu dah menyerah. Maksud ibu, ibu pakse diri ibu tidur sambil perut ibu sakit. Papa ade sayang, tapi mase tu papa ade kelas, ibu pun tak larat nak dial nombor papa. Ibu ke klinik selepas papa pulang dari kuliah.
Doktor pesan pada ibu, banyakkan minum air sebab badan ibu dah hilang banyak air. Doktor ade juga pesan, ibu tidak dibenarkan minum susu atau any dairy product. Ibu terkejut sebab ibu ingat susu boleh kurangkan sakit. Lagipun susukan makanan penting untuk sayang, mane boleh ibu tinggal.
Selepas jumpa doktor, papa hantar ibu pulang ke rumah dan papa ke UM semula sebab papa tengah pulun menyiapkan kertas kerja untuk persidangan di Sabah, ibu pun tak tau bile. Perut ibu masih memulas, tapi tidak sehebat waktu pagi.
Papa pulang ke rumah mase ibu nyenyak tidur. Kesian papa, ibu tak siapkan ape-ape pun untuk papa. Tapi memang ibu tak larat sayang. Malam tu, ibu bertenaga sikit, boleh borak-borak dengan papa.
Sebelum tidur, seperti biase ibu akan ke bilik air. Terkejut. Ibu memang terkejut, darah mengalir di peha ibu. Tetiba papa menjerit dari bilik kate darah penuh di katil. Ibu pun tak tahu ape puncanya, yang pasti ibu dah mula panik. Darah penuh di katil, darah yang bergumpal, ibu tak sanggup tengok.
Papa cepat-cepat tarik cadar dari katil sebab melihatkan ibu sudah mula mengalirkan air mata, papa tak mahu ibu lihat darah yang masih bergumpal-gumpal di cadar. Papa tutup lampu, ibu dah tak keruan. Papa terus telefon abang papa yang merupakan seorang doktor, malangnya abang papa sudah tidur. Nasib baik isteri abang papa masih terjaga. Papa ceritakan semua. Nasihat Kak yas, mungkin plasenta ibu rendah dan insyaAllah tidak membahayakan sayang.
Tapi sungguh, tiada kata yang dapat menenangkan ibu. Ibu buka lampu dan melihat kesan darah di tilam. Baru ibu tahu betapa banyaknya darah mengalir. Memang banyak. Ibu sudah meronta-ronta, alhamdulillah papa agak tenang dalam situasi tersebut. Papa terus bersihkan darah di tilam dan membaringkan ibu.
Ibu pegang perut ibu. Kenapa sayang senyap? Berkali-kali ibu minta sayang tendang perut ibu, tapi sayang langsung tak respons seperti selalu. Ibu minta sayang bergerak, sedikit pergerakan pun jadilah, tapi sayang senyap.
Papa tenangkan ibu. Ibu bingung. Ibu menangis semahu-mahunya. Ibu ke bilik air lagi, dan masih berdarah. Papa baringkan ibu, tidak lepas tangan ibu walaupun seminit ibu pegang perut ibu. Berkali-kali ibu minta kemaafan dari sayang.
Ibu kate dekat papa, ibu takkan tidur selagi ibu tak dengar sayang tendang perut ibu. Ibu tahu sayang memang aktif, tapi kenape tidak semalam. Lama papa tunggu ibu, mengalir air mata papa. Ibu tak pasti pukul berapa ibu tidur, tapi sebelum ibu melelapkan mate, ibu rasa satu tendangan walaupun tidak sekuat selalu. Alhamdulillah.
Bangun pagi, ibu menangis lagi. Papa kejutkan ibu suruh ibu bersiap berjumpe gynea, tapi ibu mengambil mase terlalu lame untuk menyiapkan diri. Ibu meminta papa tidak bawa ibu berjumpe doktor. Sesungguhnya, ibu amat takut apa akan berlaku. Tapi ibu redha.
Semasa ibu bersiap, papa senyap. Tidak seperti selalu, papa akan usik ibu. Ibu duduk sebelah papa, air mate papa menitik di tangan ibu. Papa pesan pada ibu, kalau ape-ape terjadi, papa minta maaf. Apa salah papa kan sayang? Keadaan agak suram. Darah ibu masih ade tapi tidak sebanyak semalam.
Dalam perjalanan, ibu dan papa banyak melayan perasaan masing-masing. Setibenye ibu di depan hospital, ibu tarik nafas panjang-panjang, panjatkan doa agar semuanya selamat. Ibu pegang tangan papa, ibu minta papa do the talking, sebab ibu tak mampu nak berkate ape-ape.
Papa tanye ibu, sayang tendang tak. Ibu jawab tak walaupun ade sedikit tendangan. Ibu tak rase itu tendangan dari sayang, ibu rase macam satu perasaan untuk sedapkan hati ibu.
Tiba mase ibu jumpe doktor, ibu terus bercerita ape yang berlaku semalam. Doktor periksa darah ibu. Baik. Doktor periksa urine ibu. Baik cume terlebih gula. Doktor pesan pada ibu, kalau tak nampak uri, doktor terpakse melakukan sesuatu pade ibu. Ibu senyap. Doktor minta ibu baring di katil. Mate ibu terus lekat di skrin. Dan, perkara pertama ibu nampak, jantung sayang berdegup. Itulah senyuman ikhlas yang pertama dari ibu sejak semalam.
Doktor kate, sayang sihat, tiada ape yang perlu dirisaukan, cume ibu terpaksa diberikan beberapa ubat untuk kembalikan kekuatan plasenta ibu. Doktor tunjuk setiap bahagian sayang. Ibu tengok sayang makin membesar. Jelas ibu dapat lihat tulang rusuk sayang, tulang belakang dan mate. Paling membuatkan kami ketawa apabila tangan sayang berada di kepala seperti orang tengah berfikir. Mungkin sayang pening layan ibu kan. Yang pasti doktor dapat lihat uri. Papa tersenyum. Betullah sayang, ibu lupa ape berlaku semalam. Sejuk hati ibu. Sejuk hati papa.
Keluar dari pintu bilik doktor, papa dan ibu kembali normal seperti biase. Kami berdua beterusan komen tentang rupe sayang. Satu ciuman lekat di dahi ibu. Kami bersyukur, Allah makbulkan doa kami.
Sepanjang perjalanan berterusan kami bercerita mengenai kejadian semalam, rupanya papa hampir pitam bile tengok darah ibu bergumpal-gumpal. Papa bising sebab ibu kate sayang tak tendang perut ibu. Ibu bising sebab papa tidur awal dan papa kene tunaikan nazar untuk berpuasa 7 hari jika segalanya selamat.
Sayang, ketahuilah bahawa adanya sayang mengeratkan lagi hubungan papa dan ibu. Adanya sayang, hidup lebih bermakna, lebih berisi. Dan percayalah bahawa kasih papa dan ibu tiada penghujungnya.
Sekian....