Let's get organised giveaway @ bungakesidang.blogspot.com


Contest organized by



saya rase ni contest paling susah nak buat, sebab kene fikir dan bagi suggestion.. sebab saya sendiri pun tak organize huhu.. :) Apa kene buat, kene bagi idea macam mane nak bagi rumah sentiasa kemas, teratur terutama kepada ibu ibu yang bekerja dan tak de maid macam saya dan tuan organize contest ni.

Ok, mule mule kite kene decide lah, berapa banyak budget yang diperuntukkan untuk kemas kan rumah. KAlau saya, kalau banyak duit, panggil je interior design lepas tu mesti saya rase dia suggest buat built in wardrobe, builtt in wardrobe ni senang, 1st barang sentiasa dah kemas, kedua automatically akan hilanglah segala macam habuk-habuk dekat belakang almari kite. Tapi itu untuk orang yang banyak duit lah kan...

Kalau macam saya

Saya akan start dekat mane tempat y ang paling saya tak suka tempat tu semak. Kite senaraikan, bilik kite ke, living room ke, dapur ke.. Kalau saya, living room lah sebab itulah most of the time kite akan spent bersama keluarga..

Ok, kalau living room
saya suke simple sesimplenyer, biarlah cume ade satu coffee table dan sofa, buku buku surat khabar semua simpan bawah coffee table. saya rase cukup kot

KAlau bilik
Saya beli Toyogo, container tu, harga dia dalam RM20 satu, saya beli dalam beberapa bekas, saya letak semua mainan anak dalam tu dan saya labelkan, kalau mainan tu dah dia takkan main lagi, saya akan letak dekat atas almari. kalau kurang main, saya letak dalam bahagian bawah, kalau selalu main, saya letak bahagian atas, senang nak mengambik. Biar dia main, dan ajar dia, lepas main terus masuk dalam container tu. setakat ni anak saya macam tu la saya train..



Lepas tu pulak, suami saya jenis suke simpan barang. Segala mala barang, semua di simpannya, so banyak la barang yang saya rase tak perlu kene simpan tapi terpakse, jadi seperti biase saya beli toyogo tu lagi. Saya beli semua same saiz, jadi bile nak simpan, lawa jer susun, lagi satu saya suke toyogo sebab dia ade macam tayar bawah tu, jadi tak de laa terbeban nak angkat ke ape ke.

Ok barang-barang husband, saya simpan, tapi dalam kes saya saya tak labelkan, sebab saya asingkan mane satu bahagian husband saya, anak saya dan saya sendiri. jadi saya tahu hubby punyer barang ni dia nak simpan, jadi saya barang dia paling bawahhh sekali.. lagi pun kalau dia nak carik, dia ade kekutaan nak punggah dan letak balik kan :)

kesimpulanya saya memang menggunakan kuasa Toyogo itu. Actually boleh je pakai kotak, tapi saya rasa kotak kadang-kadang tak prektikal sebab lame2 kotak akan berhabuk dan ulat kecik2 boleh masuk celah2 kotak. itu pandangan saya lah.

Kalau dekat bilik air - Beli je tempat letak berus gigi semua tu

Kalau dapur - ni tempat yang saya suke, Kabinet saya, saya kemas ikut section by section. Secara kebetulan saya baru pakai sistem ni dalam seminggu, habis saya ubah susun atur dapur tu. Apa saya buat, kalau gelas saya susun segala mala gelas, lepas tu kalau cawan, satu section semua cawan, kalau pinggan semua pinggan, kalau jag semua jag.

 


Lepas tu pinggan yang saya selalu gune saya biar je dekat tempat penyidai pinggan. sebab selalu gune kan, kalau simpan pun orang laki ni nanti dengan pinggan pinggan basah dia simpan dalam kabinet. Saya cuma letak dekat bahagian atas kabinet (bahagian luar) dengan minimal sekali cuma air masak dan bende bende besar. yang lain saya dah nyorok masuk dalam kabinet. jadi dekat luar tu memang nampak kemas la.




Saya rase itu je kot saya boleh bagi idea..

RESULT: CONSOLATION WINNER

Prize:



0 comments:

Post a Comment

Copyright 2009 A mother who crazy about contest. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy